21.3.19

TIPS MERANCANG PERJALANAN


1. Tentukan Tempat Percutian dan Perancangan

Pertama sekali, anda perlu menyenaraikan lokasi percutian yang anda ingin pergi. Buat senarai pendek dan buat perbincangan bersama ahli keluarga.

Untuk menjimatkan masa rancang lokasi menarik untuk dikunjungi dalam sehari. Melalui rancangan, anda boleh tahu bayaran tambang dan jenis kenderaan sesuai untuk ke destinasi.

2. Tempah Awal

Lebih baik membuat tempahan tiket kapal terbang, tiket bas awal bagi mendapatkan harga yang murah, begitu juga dengan tempah penginapan hotel, jika tempah pada saat-saat akhir berkemungkinan harga lebih mahal ataupun kehabisan bilik lagi-lagi pada musim perayaan.

3. Urus Bajet dan Wang Tunai

Urus bajet supaya anda tidak mengalami kekusutan selepas habis bercuti. Pastikan menukaran wang mencukupi untuk membeli cenderahati, makanan dan sebagainya. Ia akan menjadikan percutian menjadi lebih seronok.

Wang tunai pastikan mencukupi, kadang-kadang tempat yang anda lawati tiada mesin ATM atau pengurup wang. Jika anda kaki cuti anda sudah tahu mengenai wang dan cara penyimpanan. Betul bukan?. Bagi yang tidak tahu wang mestilah diletakkan ditempat yang selamat dan elakan letak didalam dompet atau tempat yang banyak wang di bahagian yang mudah dicapai oleh penyeluk saku.

4. Dokumen Penting

Pastikan dokumen penting seperti kad pengenalan, pasport, tiket kapal terbang, cek kembara dibawa bersama. Datang awal ke lapangan terbang untuk mengelakkan masalah yang tidak diingini.

5. Kurangkan Pakaian

Tidak perlu membawa barang atau pakaian yang banyak ketika melancong, bawa pakaian yang bersesuaian ke destinasi yang hendak dituju. Sediakan beg plastik untuk menyimpan pakaian kotor supaya ia dapat diasingkan daripada pakaian bersih.

Pastikan beg yang anda bawa selesa untuk digunakan dan tidak menyusahkan anda. Gantungkan tag nama, alamat dan nombor telefon pada beg anda dan jangan lupa kunci untuk mengelakan individu tidak bertanggungjawab membukanya.

6. Peta

Anda boleh cetak dirumah peta sesuatu lokasi atau membeli setibanya di destinasi Ini akan memudahkan anda untuk merancang perjalanan yang sesuai untuk pergi melawat tempat-tempat menarik yang telah anda tetapkan.

7. Nikmati Percutian

Selepas anda telah urus bajet yang sesuai dan tempat destinasi yang ingin ditujui anda perlulah nikmati percutian itu, pergi ke tempat-tempat bersejarah, menarik, dan yang penting tempat makanan halal.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan