16.9.18

1. TURUN BUKIT DALAM GEAR 'N'
Anda mungkin menggunakan posisi gear N ketika memandu menuruni bukit pada situasi tertentu, dan ramai pemandu tidak sedar mereka sedang melakukan aksi bahaya.
Dengan harapan dapat mengurangkan kos bahan api, pemandu biasanya akan membiarkan kereta mereka meluncur menuruni bukit tanpa perlu memijak pedal minyak. Tetapi, tahukah anda cara itu boleh memburukkan kondisi transmisi kenderaan, terutama apabila anda tiba-tiba memasukkan gear ketika kereta sedang bergerak laju?
Di beberapa negeri di Amerika Syarikat (AS), tabiat tersebut dianggap sebagai kesalahan dan boleh dikompaun kerana boleh mengundang bahaya. Ini kerana memandu dalam gear N ketika menuruni bukit membuatkan anda perlu bergantung sepenuhnya kepada sistem brek selain menghilangkan fokus kawalan ke atas pengendalian kereta.
2. TIDAK BERHENTI SEPENUHNYA SEBELUM TUKAR GEAR
Dek mahu menjimatkan masa, gopoh atau mungkin tidak tahu, anda terus saja menukar gear daripada R kepada D, atau sebaliknya tanpa menunggu kereta berhenti terlebih dahulu. Jangan terkejut kalau ada sesetengah pemandu melakukan tabiat ini hampir setiap masa.
Setiap kali menukar gear, pengapit gelung transmisi (transmission band clamp) akan berada pada gear, tetapi jika anda tidak berhenti sepenuhnya, gelung transmisi itu sendiri yang berfungsi menghentikan kereta anda.
Disebabkan ia - gelung transmisi - tidak direka untuk berfungsi seperti sistem brek, anda sedang meletakkan tekanan yang tidak diperlukan ke atas transmisi. Menggantikan gelung tidaklah mahal, tetapi kerja mendiagnosis masalah itu yang menyebabkan ia mahal kerana memakan banyak masa dan usaha.
Biasakan diri membrek dan menghentikan kereta betul-betul sebelum bergerak daripada D kepada Ra atau R kepada D.
3.PECUT ALA DRAG GUNA 'N'
Ini antara tabiat yang kerap dilakukan pemandu, iaitu memecut laju kononnya seperti seorang pelumba drag dalam posisi kereta berhenti atau gear N. Taktiknya, enjin dilahukan (rev) sehingga meter RPM mencanak naik sebelum memasukkan gear D bagi mendapatkan ekstra kuasa pecutan.
Ingat, apabila anda menukar gear selepas melahukan enjin, anda sedang meletakkan tekanan ke atas gelung transmisi, dan jika konsisten memecut cara ini, bersedialah mendapat resit bil bengkel yang tinggi.
Sebenarnya, melonjakkan kelajuan kenderaan daripada posisi berhenti boleh dilakukan tanpa tekanan ke atas transmisi dan merosakkannya. Anda sepatutnya biar saja kereta dalam D. Letakkan satu kaki pada brek, manakala satu kaki lagi memijak pedal minyak. (PENTING: Jangan ambil masa terlalu lama kerana kepanasan yang dibina juga mampu merosakkan transmisi). Angkat kaki daripada brek untuk menikmati lonjakan pecutan yang anda mahukan.
Menurut Jason Fenske daripada Engineering Explained, cara begini turut mengenakan tekanan ke atas transmisi, tetapi masih alternatif yang lebih baik berbanding memecut D daripada N.
4.'N' DI LAMPU ISYARAT MERAH
Dengan harga minyak semakin naik, carian dan usaha ke arah menjimatkan minyak seakan tidak pernah berakhir. Tetapi banyak perkara yang anda cuba lakukan untuk menjimatkan wang itu sebenarnya lebih cenderung mendatangkan keburukan dan masalah ke atas diri sendiri. Salah satunya ialah isu kontroversi seperti ini. Ada orang beritahu anda supaya meneutralkan gear untuk menjaga transmisi, tetapi Fenske pula berpendapat sebaliknya.
Selain cuba menjimatkan minyak, ramai pemandu percaya cara itu - letak posisi N setiap kali berhenti (DIULANGI: setiap kali) - boleh mengurangkan tekanan ke atas transmisi. Faktanya, salah!
Ini kerana enjin cenderung melahu lebih tinggi dalam posisi N berbanding D. Malah berpotensi menyebabkan masalah gelincir pada plat klac (melalui proses D-N-D), sekali gus menghauskan bahagian mekanikal tersebut.
Cara begini juga tidak menunjukkan perbezaan penjimatan bahan api yang ketara. Jika betul-betul mahu jimat minyak, caranya ialah mematikan terus kenderaan anda di lampu isyarat. ðŸ˜›
Anda sebenarnya tidak perlu pun menukar N setiap kali (DIULANGI: setiap kali) berhenti di lampu isyarat - atau ketika kesesakan - kerana proses anjakan D-N-D yang kerap itu boleh menyebabkan transmisi haus. Malah, berhenti dalam D, dengan membrek secara normal tanpa memijak pedal minyak tidak merosakkan transmisi seperti yang anda sangkakan.
5.TERUS TUKAR 'P' SEBELUM BERHENTI
Ia tidak ubah seperti melompat dari atas pelana kuda yang belum pun berhenti sepenuhnya. Silap haribulan, tulang anda patah.
Dalam situasi kereta, jika terus menolak gear pada kedudukan P, tuas parkir (parking pawl) akan berkait untuk menghalang kenderaan daripada bergerak. Jadi, meletakkan kereta sebelum berhenti boleh menyebabkan tuas parkir bertindak seakan brek dan boleh memusnahkan semua proses.
Berusaha mengubah tabiat buruk ini mampu memberikan kesan kepada bajet kewangan anda. Jadi sila beri perhatian tentang bagaimana menukar gear dengan betul. Ada cara yang lebih baik untuk anda menghentikan kenderaan sekiranya pedal minyak tersekat - atau dalam kecemasan.
Anda cuma perlu matikan kenderaan dan tekan brek perlahan-lahan. Ini akan memberikan anda hasil sama yang anda harapkan tanpa merosakkan sistem transmisi.


Morning Quotes


15.9.18

1. PENUNJUK LAMPU AMARAN MENYALA
Anda seharusnya sentiasa memerhatikan lampu amaran pada papan pemuka kenderaan untuk mengesan sebarang masalah yang timbul. Terdapat pelbagai lampu penunjuk pada gugusan meter kereta anda khususnya untuk kereta-kereta moden.
Salah satu daripadanya akan menyala jika ia mengesan sesuatu masalah pada alternator kereta. Kebanyakan lampu amaran alternator ini berbentuk seperti bateri tetapi ada juga sesetengah model kereta memaparkan abjad seperti “ALT” atau “GEN”, bermaksud alternator ataupun generator.
Ramai yang silap menafsirkannya sebagai masalah pada bateri tetapi sebaliknya. Lampu ini sebenarnya dihubungkan dengan sistem komputer dalaman kereta yang mengesan keluaran voltan dari alternator. Jika voltan yang dihasilkan berlebihan ataupun berkurangan, lampu tersebut akan menyala.
Kebanyakan alternator mempunyai keluaran voltan antara 13 hingga 14.5V dan sentiasa berada dalam lingkungan tersebut. Jika kuasa yang berlebihan diperlukan untuk kegunaan lampu utama, pengelap cermin ataupun radio, alternator terpaksa bekerja dengan lebih keras untuk memenuhi keperluan voltan tersebut. Alternator yang bermasalah tidak akan berfungsi dengan baik dan perlu diperbaiki ataupun diganti lain.
2.LAMPU UTAMA YANG MALAP
Lampu menjadi malap merupakan salah satu petanda utama masalah alternator. Disebabkan alternator berfungsi menyumbangkan tenaga elektrik kepada kenderaan, sebarang masalah padanya akan mengurangkan potensinya.
Anda mungkin akan mendapati yang lampu kenderaan menjadi kurang terang ataupun terlebih terang. Begitu juga dengan aksesori-aksesori lain yang menggunakan tenaga elektrik seperti penyaman udara, meter-meter penunjuk dan tingkap kuasa.
3.VISUAL, BUNYI DAN BAU
Tiga simpton ini digabungkan bersama kerana ia berkait dengan deria kita sendiri. Ia agak kurang tepat berbanding lampu amaran tadi tetapi ia juga berdasarkan pengalaman kita sendiri sebagai pemandu.
Visual: Mekanik akan memeriksa alternator berdasarkan maklumbalas pemilik kenderaan tentang simptom sebelum ini. Bukan sesuatu yang aneh jika ada yang sampai tali sawat sudah putus pun masih tidak disedari pemilik.
Pemeriksaan secara visual juga bertujuan untuk mengesan tali sawat jika terdapat sebarang keretakan atau tali tersebut sudah haus. Tali sawat juga mesti mempunyai regangan yang sesuai, tidak terlalu tegang dan tidak terlalu longgar.
Bunyi: Kadang-kadang kita akan mendengar bunyi yang tidak biasa didengari dalam bahagian enjin sebelum alternator gagal berfungsi. Alternator biasanya digerakkan oleh tali sawat aksesori dengan bantuan pulley dan beberapa bushing untuk membolehkannya bergerak dengan lancar.
Ia juga mempunyai bebola galas sendiri untuk melancarkan putarannya. Kerosakan pada bebola galas ataupun syaf akan mengakibatkan ia menghasilkan bunyi geseran yang akan anda dengari sebelum alternator anda rosak sepenuhnya
Bau: Bau getah terbakar ataupun wayar yang terlalu panas merupakan dua perkara yang selalu terjadi bila alternator hampir rosak. Pulley yang sudah rosak akanmenyebabkan tali sawat gagal bergerak lancar dan menjadi semakin panas sekaligus memanaskan tali sawat dan menghasilkan bauan getah terbakar.
4.BATERI MATI @ ‘KONG’
Mungkin ia bermakna bateri sudah tamat jangka hayat tetapi jika anda gagal menghidupkan kenderaan anda juga mungkin menghadapi masalah pada alternator. Jika sesudah anda memutar kunci anda cuma mendengar bunyi ‘klik’ dan gagal menghidupkan kenderaan ataupun tiada apa-apa bunyi selepas beberapa kali mencuba? Ia mungkin berpunca daripada bateri yang telah mati.
Persoalannya ialah kenapa ia boleh mati? Ini kerana sesebuah bateri yang dijaga dengan sempurna akan mempunyai ketahanan antara satu hingga dua tahun. (ye lah, bateri sekarang kualitinya bukan macam dulu)
Ini kerana bila alternator mengalami kerosakan, ia tidak akan mampu membekalkan arus elektrik secukupnya untuk mengecas bateri dan ini menyebabkan bateri kekurangan tenaga yang akan digunakan untuk menghidupkan enjin.
5. KEROSAKAN ATAUPUN MASALAH SAMBUNGAN YANG LONGGAR
Ia mungkin terjadi bila tiada kerosakan lain dikesan tetapi bateri anda kehilangan kuasa. Apa yang akan berlaku ialah, alternator menghasilkan tenaga elektrik tetapi ia tidak dapat disalurkan ke mana-mana bahagian kerana terdapat kerosakan ataupun masalah pada kabel-kabel penyambung. Ia juga mungkin mengakibatkan plastik penebat wayar menjadi hangus seterusnya menghasilkan bau terbakar.
Satu lagi kerosakan yang biasa terjadi ialah pada bahagian diod rectifier yang berfungsi menukar arus elektrik ulang alik (AC) kepada arus sehala (DC). Alternator biasanya menghasilkan AC tetapi aksesori kereta biasanya memerlukan DC. Rectifier berfungsi dengan menukar AC kepada DC.


Morning Quotes


14.9.18

1. Pastikan lampu hadapan pada posisi tepat.
- Lampu hadapan kenderaan perlu diatur mengikut posisi yang sebenarnya.
- Setiap pusat servis kenderaan mempunyai ukuran yang tepat untuk posisi lampu hadapanyang betul.
Ini penting kerana jika lampu terlalu rendah, anda tidak nampak jauh ke hadapan.
- Dan jika lampu terlalu tinggi, pemandu dari arah bertentangan akan silau dan mungkin melanggar anda. Kalau tidak pun, anda akan disumpah.
2. Tukar mentol
- Mentol kenderaan (jenis halogen), walaupun tidak terbakar, tidak akan tahan selamanya.
- Tukar mentol sekiranya ia telah berusia lebih dari tiga tahun.
Ada mentol-mentol yang mempunyai jarak lontaran yang lebih jauh. Ia sedikit mahal dan selalunya, perbezaan yang didapati tidak ketara.
- Jangan beli mentol berwarna putih kerana walaupun nampak cantik, ia langsung tidak berguna di kala kabus atau di waktu senja. Ia juga menyilaukan pemandu lain.
- Jika sistem lampu hadapan anda dari jenis halogen, jangan tukar kepada sistem mentol HID kerana reflektor untuk sistem halogen berlainan dari untuk HID. Jika dilakukan juga, ia mungkin nampak lawa tetapi lontara cahaya akan bersepah dan tidak fokus.
3. Bersihkan lensa lampu
- Kerana bentuk lampu hadapan sekarang yang semakin canggih dan berciri “wrap around” (mengikut bentuk sudut kereta), lampu hadapan kini mempunyai penutup atau lensa yang diperbuat dari plastik.
- Untuk cuaca Malaysia yang panas, lensa plastik untuk kereta bagi pasaran ini memang mempunyai fungsi anti UV. Namun begitu, ia tetap akan mula menguning selepas enam ke tujuh tahun.
- Bagi penggemar kereta recond, lensa lampu hadapan akan mula menguning selepas beberapa tahun kerana ia tidak ada lapisan anti UV.
- Oleh itu, ia mengurangkan daya lontaran cahaya.
Lensa perlu dibersihkan bagi keupayaan lampu yang optimum.
4. Silau dari lampu meter dan papan pemuka
- Cahaya dari skrin di papan pemuka atau dari panel meter akan menyebabkan silau dan ini membuatkan mata pemandu cepat letih dan paling bahaya, pemandangan hadapan terganggu.
- Kerana itu, ada kereta yang lampu pada papan pemuka dan panel meternya boleh dikurangkan kekuatannya.
- Jika kenderaan anda anda fungsi itu, kurangkan kadar keterangan lampu papan pemuka agar mata anda tidak penat memandu malam.
5. Jangan pakai cermin mata yang salah
- Ada juga iklan yang menyatakan cermin mata dengan lensa kuning sesuai untuk pemanduan di sebelah malam.
- Ini disangkal sendiri oleh Persatuan Cermin Mata Hitam Amerika Syarikat (ya, ia adalah satu industri yang sangat besar dan bernilai berbillion US Dollars).
- Cermin mata warna kuning mungkin akan membantu menaikan kontras, tetapi ia juga menghalang jumlah cahaya yang masuk ke mata anda dan mengurangkan penglihatan.
- Gunakan cermin-mata dengan lapisan anti-silau kerana ia memang membantu.
-Untuk anda yang memang memakai cermin-mata, pastikan nilai astigmatism anda turut dimasukan ke dalam lensa anda kerana ia adalah punca utama silau.


Morning Quotes


13.9.18

1) Biarkan enjin kereta anda sekurang-kurangnya 30 saat sahaja setelah enjin dihidupkan. Tak perlu tekan pedal untuk memanaskan enjin kerana ia akan membazirkan minyak sahaja.
2) Kapasiti minyak petrol lebih banyak pada waktu sejuk berbanding waktu panas di siang hari yang mana ianya mempunyai wap yang berlebihan. Jika anda mengisi minyak di waktu tengah hari, akan kelihatan wap petrol keluar dari tangki minyak anda. Oleh dengan itu, bagi mengurangkan kerugian petrol anda ‘hilang’ ditelan angin hendaklah jadikan amalan mengisi petrol di awal pagi atau ketika cuaca sejuk.
3) Isi minyak dengan perlahan-lahan, cara ini adalah supaya cecair petrol dapat masuk sepenuhnya ke dalam tangki dan mengurangkan fenomena wap petrol meruap bebas akan membazirkan minyak anda. Kawal picu dengan menarik secara separuh penuh. Ini dapat mengurangkan wap keluar bersama-sama petrol.
4) Perhatikan tayar anda dan pastikan tekanan angin betul dan mencukupi. Tayar yang kurang angin akan membuatkan kereta menjadi berat dan menyebabkan penggunaan minyak bertambah lima peratus kerana geseran tayar yang berlebihan.
5) Lebih perlahan anda memandu, lebih jimat minyak digunakan (dan tidak disaman). Memandu melebihi 90 kilometer sejam (km/j) akan meningkatkan dengan ketara penggunaan minyak.
6) Jika kereta tidak bergerak, matikan enjin jika sekadar menunggu seseorang atau menunggu traffic light yang sangat lama. Elakkan menekan pedal minyak ketika kenderaan tidak bergerak.
7) Pilih gear yang sesuai dengan kelajuan. Menggunakan gear rendah untuk kelajuan tinggi menyebabkan pembaziran minyak kerana enjin menjadi lebih pantas. Jangan malu-malu menggunakan mod ‘ekonomi’ jika kereta anda memilikinya.
8) Jika anda sudah tahu di mana hendak berhenti, perlahankan kenderaan anda sencara beransur-ansur. Elakkan brek mengejut.
9) Apabila cuaca luar sudah sejuk (malam atau di tanah tinggi) eloklah matikan air-cord anda. Selain itu, matikan juga aircord anda bila sudah hampir tiba destinasi. Pengunaan minyak bertambah 10% apabila mengunakan aircord.
10) Pastikan tingkap kereta ditutup semasa memandu untuk melancarkan pergerakkan kereta. Jika tidak, kereta akan mengalami rintangan angin menyebabkan kereta bergerak perlahan dan menyebabkan anda menekan minyak lebih banyak untuk bergerak.